Kisah Singkat Nabi Muhammad Saw
NABI MUHAMMAD SHALALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM
Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Seorang yang ditunggu-tunggu sepanjang masa oleh umat beriman. Seorang Nabi yang kedatangannya selalu disebut-sebut dan ditunggu-tunggu oleh para Nabi sebelumnya. Seorang Nabi terakhir, penutup para Nabi. Seorang manusia yang paling mulia kedudukannya di sisi Allah.
Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum beliau dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan namaMuhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Rasulullaah disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Rasulullaah sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Beliau telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah dada Rasulullaah. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyadari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Rasulullaah, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Rasulullaah saat itu tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu beliau mendapat kasih sayang dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu beliau dibawa pulang kepada kakeknya Abdul Mutallib di Makkah.
Kakek beliau, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Beliau ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Ummu Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah beliau dengan kakek yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama kakek beliau tidak bertahan lama. Ketika beliau berusia lapan tahun, kakek beliau pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan kakek beliau, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu dibanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Rasululullaah berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib beragama nasrani yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhawatirkan orang-orang Yahudi akan menyakiti Rasulullaah sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah. Raulullaah juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya.
Rasulullaah juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Beliau mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Beliau selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Beliau terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas Rasulullaah mula meningkat dewasa, beliau disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang saudagar wanita yang kaya dan dihormati. Beliau shalallaahu 'alaihi wassalam melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia Rasulullaah dan kerja keras beliau sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluapkan rasa hatinya untuk menikah dengan Rasulullaah yang berusia 25 tahun ketika itu. Khadijah sangat gembira saat Rasulullaah menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkawinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Turunnya Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Rasulullaah telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi. Ketika itu, beliau berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada beliau.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian beliau mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Abu Bakar rhadiyallahu 'anhu adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan beliau untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh beliau. Mereka memusuhi beliau dan para pengikutnya, termasuk Abu Lahab, paman beliau. Abu Talib selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah karena penentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rencana Rasulullah seterusnya. Rasulullah bersabda:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"
Rasulullaah menghadapi berbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemoohan dan ejekan dari penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah saja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasakan penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkah laku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana beliau tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri beliaulah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghibur Rasulullah di saat beliau dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga paman beliau Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayanginya.
Hijrah Ke Madinah
Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan paman beliau. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah atas perintah Allaah.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan beliau diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullaah sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Madinah berhasl menjadi sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya syariat Islam.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi jihad untuk mempertahanan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya Rasulullaah menaklukkan Mekah
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, beliau telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Rasulullaah juga telah menyampaikan amanatnya yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahwa Tuhan kamu Maha Esa, dan kamu semua adalah daripada satu keturunan yaitu keturunan Nabi Adam. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allaah ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, yaitu kitab al-Quran dan as-Sunnah."
Wafatnya Nabi Muhammad
Rasulullaah wafat pada bulan Juni tahun 632 M / 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Beliau wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Beliau berhasil membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Komentar
Posting Komentar