Kesultanan Langkasuka Thailand

Langkasuka

Langkasuka adalah negara yang dahulu terletak di kawasan Thailand selatan dan Kedah saat ini. Menurut catatan sejarah dinasti Liang (505-556 M), kota Langkasuka didirikan sekitar abad ke-2 Masehi. Reruntuhan kota tersebut ditemukan pada tahun 1989 di Yarang, Thailand Selatan, 15 kilometer dari kota Patani. Langkasuka juga tercatat dalam Negarakertagama sebagai salah satu negara sahabat Majapahit
Langkasuka pada awalnya berada di bawah pengaruh Funan. Namun pada masa di antara 685-689 M Langkasuka menjadi bagian dari Sriwijaya
Hasil gambar untuk bendera langkasuka Hasil gambar untuk lambang langkasuka  
Bendera Kesultanan Langkasuka 
https://id.wikipedia.org/wiki/Langkasuka


Langkasuka
Kerajaan Melayu Langkasuka
Maklumat yang dipaparkan di sini dipetik daripada beberapa sumber internet (Lihat Internet Langkasuka dan Internet 1.12) dan beberapa buah buku seperti Che Man (1990), Dahlan (1979), Ibrahim (1950/1961), dan Ahmad Fathy al-Fatani (1994/2001) dan lain-lain yang dinyatakan dalam teks nanti .

Langkasuka (atau mengikut Tarikh Fathani transliterasi Wan Mohd Shaghir 1998, ejaannya Langqasuka sebab jawinya huruf qaf bukan kap) ialah sebuah kerajaan Hindu-Budha Melayu yang kawasannya ialah utara Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Perak Utara, Trengganu dan Kelantan dan seluruh Thai Selatan sekarang (Pattani, Yala=Jalor, Narathiwat=Teluban, Songkhla=Songgora dan Satun = Setol). Pusat pemerintahannya di Patani (walaupun ada segelintir sejarawan mengatakan Kedah) yang wujud sejak kurun ke-1M hingga ke-8M walaupun namanya kekal hingga abad ke-15M. Nama kerajaan ini daripada perkataan Sanskrit: langkha yang bermakna “tanah yang indah permai” dan sukkha bermakna “suka” atau “bahagia”. China dahulu merujuk kerajaan ini sebagai Lang-his-chia atau Langya-hsiu/Lang-Ya-Hsiu (tetapi mengikut Tarikh Fathani, China juga merujuknya sebagai Caihatu/Cai Ha Tu). Tulisan Hindia dahulu menyebut nama kerajaan ini sebagai Ilangâśogam. Pengembara China terawal ada mencatatkan lawatannya ke Langkasuka pada tahun 200M. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, salinan tertuanya bertarikh 1598 yang disimpan di UKM dan versi terbaru dalam Rumi diterbitkan 1998 oleh Yayasan Karyawan dan UM) ada menyatakan Langkasuka terletak di negeri Kedah (kawasan tebing sungai Merbok) hingga ke pantai Laut China Selatan. Tidak syak lagi, inilah sumber yang menyokong pihak yang mengatakan pusat Langkasuka itu di Kedah, tetapi banyak sumber lain yang tidak menyokong hipotesis ini. Bukti konkritnya ialah prasasti yang dijumpai di Jerang dan Djere/Jere (di Patani) dan buku Negarakertagama (karya Prapanca 1365, dalam bahasa Jawa Kuno yang dijumpai di Lombok 1894) yang menyatakan Jerang dan Jere (di Patani) ialah ibu kota Langkasuka.

Seorang raja Langkasuka bernama Bhaga Datta 515M masih beragama Hindu Brahma, tetapi setelah Srivijaya menakluk satu tempat penting Langkasuka yang bernama Ligor (kini namanya Nakorn Sri Thamarat) pada 775M dan mengembangkan penaklukannya hingga merangkumi Patani sekarang maka Langkasuka mula meninggalkan Hindunya dan bertukar kepada Budha. Sejak abad ke-8M itulah Langkasuka membayar upti/ufti kepada Srivijaya. Mengikut Zulkifli (t.t), yang dipetiknya drp catatan China, kerajaan ini mencapai pembangunan budaya dan ekonomi yang tinggi dan beragama Budha. Abad ke-8 mula di bawah Sailendra dan Sriwijaya. Sekitar abad ke-11 berada di bawah Rajendra Chola raja India Selatan. Ada catatan sejarah Pali India abad ke-15M bahawasanya ada seorang raja Melayu Ligor bernama Sujitaraja (beragama Budha) berkahwin dengan puteri Khmer dalam separuh kedua abad ke-10M. Keakraban Langkasuka dgn Khmer berlarutan hingga abad ke-11M dan mendapat sinergi yang kuat daripada persemendaan/perbesanan ini.

Raja terakhir Langkasuka atas nama raja Patani ialah Phya Tu Nakpa yang memeluk Islam pada 1457 dan menukar namanya kepada Sultan Ismail Shah Zolallah fi al-‘Alam dan Fatani Dar al-Islam (Ahmad ‘Umar 2002). Akan tetapi mengikut Hikayat Merong Mahawangsa raja Langkasuka yang pertama memeluk Islam ialah yang bernama Phra Ong Mahawangsa pada 1136 dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar Shah (Dipetik drp ensiklopedia Wikipedia di Internet 1.13). Ibrahim (1950/1961) menyebut nama raja Patani yang pertama masuk Islam itu ialah Raja Antira/Indera dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah. Namun mengikut Ahmad ‘Umar (2002) raja-raja ini orang yang sama sahaja kerana nama anak-anaknya sama sahaja. Kerajaan Patani wujud hingga 1902 dan separuh daripada kesultanannya amat rapat dengan Kesultanan Kelantan. Namun banyaklah sumber lain lagi yang menyatakan Islam bertapak di Langkasuka/Patani sejak abad ke-11M lagi (contohnya buku Abdullah 1992). Ada pula sumber lain lagi yang dipetik oleh Ibrahim (1950/1961) menyatakan ada raja di Patalung/Batalung (di daerah Kerajaan Langkasuka dan nampaknya lebih awal daripada Phya Tu Nakpa itu) yang beragama Islam dan bernama Sultan Sulaiman. Nama Langkasuka hilang sebaru-barunya selepas abad ke-15M ini dan diambil alih oleh nama barunya, Petani atau Patani. Nama Petani atau Patani ini kemudiannya di-Arab-kan menjadi Fatani/Fathani, atau ejaan kami, Fatdani (oleh sarjana Patani terkenal Syeikh Ahmad al-Fatdani pada akhir abad ke-19M). Sejak abad ke-20 nama itu di-Siam-kan/di-Thailand-kan menjadi Pattani. Sesungguhnya antara abad ke-15M hingga abad ke-18M Patani menjadi sebuah kerajaan yang terkenal sehingga menjadi pusat tamadun rumpun Melayu hingga abad ke-20M dengan kemunculan puluhan sarjana agungnya yang bernama akhirnya al-Fatdani seperti Syeikh Daud al-Fatdani (yang termasyhur seantero dunia Islam dan hidup dalam 1769-1847, dan Syaikh Ahmad al-Fatdani (yang terkenal sebagai sarjana polimates sehingga ada yang mengatakan beliau menguasai puluhan bidang ilmu, di samping juga seorang pejuang bahasa dan kebudayaan Melayu sepanjang hidup dalam 1856-1908) yang senarai penuhnya dicatatkan oleh Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ada banyak cerita asal-usul nama negeri Patani seperti daripada “pantai ni” dan “pak tani”. Dalam manuskrip Ceritera Negeri Patani (nampaknya lain daripada Hikayat Patani yang lebih masyhur itu kerana lamanya buku ini ditulis, mungkin setua Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang 1612 itu, dan menjadi satu daripada manuskrip Jawi Melayu yang tua, malah salinannya yang ada di Library of Congress AS bertarikh 1730; lain juga daripada Tarikh Fatani karya Syeikh ‘Ali bin Wan Muhammad al-‘Abbasi sekitar 1450-1500M yang salinannya oleh Syeikh Daud al-Fatdani bertarikh 1228H/1813M itu (mengikut Wan Mohd Shaghir 1998) yang dipetik oleh Ibrahim (1950/1961) itu, raja yang pertama membuka Patani ialah raja keturunan negeri “Kota Mahligai” di daerah Perawan (drp perkataan Siam: Pra Wang) yang bernama Raja Seri Wangsa, dan ini sama dengan yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu itu yang disebut sebagai Raja Seri Bangsa.

Raja-raja Patani (Langkasuka Islam) bermula dengan Sultan Ismail Shah ialah anak-cucu-cicit-ciak-ciut-nya Sultan Muzafar Shah (menyerang Siam 1563 dengan 200 buah kapal dan ribuan tentera dan menawannya sekejap sebelum dikalahkan balik oleh Siam beberapa tahun kemudiannya), Sultan Mansur Shah, Patik Siam, Raja Bahadur dan diikuti oleh raja-raja perempuan atau ratu-ratu Patani: Raja Hijau (mulai 1584), Raja Biru, Raja Ungu dan Raja Kuning (mati 1651) yang dianggap zaman keemasan Patani. Siam menggelar ratu-ratu ini sebagai Phra Nang Cao Yang yang bererti Baginda Raja Perempuan, tetapi kemudian di-Melayu-kan kepada “Raja Nan Cayang”. Memang ada ahli sejarah yang menamakan raja-raja perempuan itu dengan nama Ratu seperti Ratu Hijau dsbnya itu, tetapi ini bukan nama rasmi dan penulis itu dipengaruhi Inggeris yang merujuk raja-raja itu sebagai Queen itu. Zaman keemasan inilah Patani menyerang/diserang Siam 1603, 1632, 1634 dan 1638 dengan kemenangan Patani, walaupun Siam mendapat pertolongan Belanda (secara sulit). Kehebatan Patani dalam teknologi terpancar daripada masyhurnya mariam ciptaannya yang diberi nama Seri Negara, Seri Patani dan Mahalela. Kekuatan tentera Patani terbukti daripada kemampuannya mengerah ratusan ribu asykar dan pahlawannya dan kekuatan bentengnya yang terkenal Benteng Raja Biru. Tetapi mulai akhir abad ke-17M Patani mulai merosot dan pada 1785 Patani ditakluki, dan pada 1909 Inggeris menyerahkan Patani kepada Siam dalam percaturan politik liciknya di atas kelemahan raja-raja dan pemimpin Melayu. Kekayaan dan kebobrokan raja Patani pada zaman Raja Kuning ada digambarkan oleh seorang Inggeris bernama Hamilton yang melawat rasmi ke Patani apabila beliau mencatatkan adanya ‘sebuah caping emas” yang dibuat oleh Raja tersebut yang “besarnya satu hasta beratnya lima kati”.

Dalam Perang Dunia Kedua, seorang putera mantan Raja Patani terakhir sebelum terjajah (Tengku Abdul Kadir Kamaruddin) yang berpangkat Major dalam pasukan tentera British di India Force 136 Maj. Tengku Mahmood Mahyideen namanya, sungguh memberi harapan besar kepada rakyat Patani membebaskan dirinya dari Siam kerana kemarahan British terhadap Siam yang menyebelahi Jepun. Tengku Mahmood Mahyideen telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil wilayah kerajaan Patani dahulu itu dan digabungkan dengan Tanah Melayu (Malaya) dan usahanya itu memang diketahui oleh pasukan pembebas Patani yang bergerak sejak awal penjajahan Siam ke atas Patani itu. British difahami oleh Tengku Mamood Mahyideen sebagai membayangkan persetujuan rayuan ini. Sesuai dengan Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945 oleh Kuasa-Kuasa Berikat yang menerima prinsip hak menentu nasib sendiri daripada belenggu penjajahan, maka pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Namun apabila Perang Dunia tamat pendirian British terhadap Siam turut berubah. British mahu kepentingannya di Asia Tenggara ini masih terjamin. Siam menggunakan senjata berasnya ke atas tanah jajahan Inggeris di Asia Tenggara untuk tujuan politiknya. Kerajaan British juga berpendirian perlunya dia mengubah dasarnya terhadap Siam atas desakan sekutunya, AS, yang mahu mengekalkan pengaruhnya ke atas wilayah Siam seperti sebelum Perang Dunia dahulu. Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu sendiri pada tahun 1948, menjadi faktor berubahnya dasar British di Tenggara Asia khususnya terhadap nasib Patani. Dalam hal ini, British mula menganggap Siam sebagai negara penampan ancaman Komunis China ke Asia Tenggara. Justeru, British bertekad untuk memastikan kestabilan politik Siam dan memihak Barat. Khususnya, British berpendapat kerjasama dengan Siam amatlah perlu bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu dengan Siam itu, dan Patani wajarlah dikekalkan dipangkuan Siam!

Dengan perkembangan ini, maka selepas Persidangan Songkla pada awal Januari 1949, pihak British di Tanah Melayu atas kehendak pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuang Patani. Pertubuhan pembebasan Patani diharamkan dan Tengku Mahmood Mahyideen terus ditekan, manakala ramai para pemimpin barisan pejuang patani termasuk ketua pejuang dan ulama Patani yang bernama Haji Sulung dihukum penjara dan akhirnya mati tanpa kubur. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen sendiri pada tahun 1954 (mati dibunuh juga). Sejak itu pemberontakan para pejuang Patani hanya bertindak sebagai perjuangan gerila yang kekuatannya ibarat air pasang-surut sahaja sehingga sekarang. Satu kisah perjuangan Patani 1902-2002 yang cukup komprehensif dan apadat dapat ditelaah dalam buku Ahmad ‘Umar Capakis (2002), yang antara lainnya menceritakan dasar dan perjuangan beberapa barisan pembebasan patani seperti GAMPAR (Gabungan Melayu Patani Raya) yang ditubuhkan pada 1948 di Kelantan dengan pemimpin pertamanya Nik Mahmud Abdul Majid yang berjuang untuk menyatukan Patani dengan Malaya/Persekutuan Tanah Melayu, BRN (Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani yang ditubuhkan pada 1960 yang berjuang untuk autonomi Patani, yang pemimpin pertamanya Tg Abdul Jalaludin, dan yang terkenal hingga sekarang, PULO (Patani United Liberation Organisation) yang ditubuhkan pada 1967 untuk berjuang bagi kemerdekaan Patani yang diketuai pertamanya oleh Tg Bira Kutanila.

Tambahan Pascaterbit:

Ejaan “Melayu” atau sebahagian negaranya “Malaya” (Semenanjung Malaysia+ Thailand Selatan + Singapura) itu adalah versi ejaan Rumi/Latin yang muncul tahun 1950-an sahaja. Walaupun system ejaan Rumi bahasa Melayu di bawah jajahan Inggeris pertama kali dibuat oleh Wilkinson 1904, dan diperbaiki oleh Za‘aba pada 1949, sistem-sistem itu tidaklah dikuti dengan setianya kerana adanya sistem transliterasi Arab-Rumi oleh penulis-penulis Eropah, sedangkan Jawi ialah huruf Arab dengan tambahan hanya beberapa huruf rekaan orang-orang “Melayu” kerana keperluan sebutan perkataannya yang ejaannya kurang sempurna jika hanya dipakai huruf Arab asli sepenuhnya. Sebelum 1957 nama bangsa dan negara “Melayu” sekarang ini ditulis dengan rasminya dalam Jawi (mim lam alif ya yang bagi orang yang tidak tahu cara bacanya yang sebenar boleh jadi Mlaya, Malaya, Melaya, Mlayu, Malayu, Melayu atau Mlayi, Malayi, Melayi). Oleh itu ejaan Ruminya memanglah pelbagai. Mengikut petua transkripsi Arab-Rumi oleh sarjana Orientalis (sejak abad ke-19 lagi) ejaannya tentulah menjadi Mlay, Mlaya atau Mlai dan bacaannya tentunya mengikut loghat bangsa-bangsa Eropah itu. Bagi orang awam di Eropah, ejaannya berbagai-bagai sehingga mewujudkan ejaan Inggerisnya Malay dan Malaya, Perancis: Malais dan Malaise, Sepanyol: Malaio dan Malayo Portugis Malaio and Malaia. Di singapura, apabila akhbar Jawi hendak di-Rumi-kan oleh Jepun (Zaman Pemerintahan Jepun di Asia Tenggara) pada tahun 1943 ejaan Jawi untuk sekarang ini di-Rumi-kan sebagai “Melayu” atau “Malaya” dieja sebagai Malai lalu akhbar “Melayu” Rumi pertama di Singapura dan “Malaya” namanya Berita Malai. Tentunya bacaan Malai pada masa itu ialah mengikut bacaan Jawinya iaitu Ma-la-yu atau Me-la-yu atau Ma-la-ya atau Me-la-ya. Huruf Jawi dalam tamadun bangsa di Asia Tenggara ini digunakan sejak abad ke-14M hinggalah pertengahan abad ke-20 ini (Indonesia mengisytiharkan huruf Rumi/Latin sebagai huruf rasmi bahasanya apabila tertubuhnya negara baru itu pada 1945; Persekutuan Tanah Melayu (PTM) mengisytiharkan huruf Rumi/Latin sebagai huruf rasmi bahasanya apabila tertubuhnya negara baru itu pada 1957, dan diikuti oleh Sabah, Sarawak dan Singapura apabila apabila tanah jajahan Inggeris itu bersama PTM menubuhkan negara baru bernama Malaysia pada 1963. Hanya Brunei yang masih menggunakan Jawi secara rasmi bersama Rumi sehingga sekarang. “Rumpun Melayu” di negara-bangsa lain seperti Patani (di Thailand) dan Campa (asalnya di Vietnam tetapi kini boleh dikatakan hanya di Kemboja sahaja) dan Mindanao (Filipina) masih juga menggunakan Jawi dalam urusan agama/Islam di samping huruf rasmi negaranya masing-masing).
http://sejarahmelayupurba.blogspot.co.id/langkasuka.html

langkasuka

Hilangnya Sebuah Negeri Islam pic_ulama_p01Melayu
Bagi sebagian umat, Patani mungkin hanya sebuah nostalgia negeri Melayu. Orang-orang yang memperhatikan peta Asia Tenggara sekarang akan mengetahui bahwa sebuah negeri Islam yang dulu berjaya kini telah hilang dan tinggal kenangan.
Berbeda dengan nasib negeri lainnya seperti Bosnia, Kashmir, Chechnya atau Palestina yang tak pernah sepi dari pemberitaan. Patani ditakdirkan telah menjadi sebuah negeri yang dilupakan orang, sepi dan tidak naik panggung. Namanya hanya terdapat pada peta dan dokumen lama saja. Demikian juga dengan orang Patani, hilang dan tak dikenal.
Patani yang dimaksud dalam tulisan ini bukanlah Changwadatau wilayah Patani sebagaimana terdapat dalam peta negara Thailand sekarang, tetapi lebih kepada sebuah negeri yang sempadannya lebih luas (Negeri Patani Besar) yang meliputi wilayah-wilayah Narathiwat (Teluban), Yala (Jalor) dan sebagian Senggora (Songkla, daerah-daerah Sebayor dan Tibor) bahkan Kelantan, Kuala Trengganu dan Pethalung (Petaling).
Patani itu Langkasuka
Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Malaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasukasebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahwa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh ahli sejarawan lainnya seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahwa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebutkan bahwa negeri Langkasuka terbagi dua: Sebagian terletak di negeri Kedah yaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahwa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut bukuNegarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka.
Sedangkan asal muasal orang Patani menurut para antropolog berasal dari sukuJavanese-Malay. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi. Seorang pengembara China menyebutkan bahwa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.
Pengaruh Sriwijaya
Sebelum menjadi negeri Islam, Patani (baca: Langkasuka) dikenal sebagai kerajaan Hindu Brahma. Rajanya yang terkenal adalah Bhaga Datta (515 M) yang berarti “pembawa kuasa”. Ketika kerajaan Sriwijaya di nusantara berhasil menaklukkan Nakorn Sri Thamarat (sekarang Ligor di Thailand) pada 775 M dan kemudian mengembangkan kekuasaannya ke selatan (Patani), mulailah penduduk Patani meninggalkan agama Hindu dan memeluk Budha. Sebuah berhala Budha zaman Sriwijaya yang ditemui dalam gua Wad Tham di daerah Yala membuktikan pertukaran agama di atas.
Di bawah pemerintahan Sriwijaya inilah Patani mulai menapaki kemajuan, ramai dan terkenal. Hasil negeri Patani pada waktu itu banyak berupa pertanian dan perniagaan. Beberapa pengetahuan bernilai seperti teknik membajak dan berdagang diterima oleh orang Patani dari orang Jawa. Diyakini juga bahwa kerajaan Sriwijaya inilah yang membawa dan mengembangkan bahasa Melayu ke Patani.
Besarnya upeti yang diberikan setiap tahun ke kerajaan Sriwijaya menunjukkan bahwa Patani ketika itu kaya dan makmur.
Memeluk Islam
Tak diketahui pasti kapan Patani memeluk Islam, namun kalau dilihat kebanyakan
karya sastra sejarah dan merujuk kepada Teeuw dan Wyatt, juga W.K Che Man maka dapat diperkirakan bahwa Patani menjadi negeri Islam pada 1457 (Martinus Nijhoff, 1970).
Masuknya Patani kedalam Islam ibarat sebuah “dongeng”, namun itulah adanya, seperti tertulis dalam buku-buku sejarah. Dikisahkan pada waktu itu Patani (Langkasuka) diperintah oleh raja Phya Tu Nakpa. Raja dikabarkan menderita sakit yang tak kunjung sembuh. Beliau mendengar ada seorang tabib, syeikh Said, seorang Muslim, yang mampu menyembuhkan sakitnya. Tabib tersebut sanggup mengobati penyakit sang Raja asal dengan syarat jika sembuh dari sakitnya maka Raja harus memeluk Islam. Namun Raja Phya Tu Nakpa ingkar janji setelah sembuh. Akhirnya Raja sakit kembali. Kejadian ini terulang sampai tiga kali. Pada kali ketiga inilah Raja bertaubat, ia tidak akan memungkiri janjinya lagi.
Setelah Raja sembuh dari sakitnya, beliau bersama keluarga dan pembesar istana memeluk Islam. Raja Phya Tu Nakpa berganti nama menjadi Sultan Ismail Shah. Sejak saat itu mulailah Islam berkembang dan pengaruh Hindu-Budha mulai berkurang, lemah dan akhirnya hilang dari Patani.
Raja Phya Tu Nakpa (Sultan Ismail Shah) diketahui juga sebagai pengasas negeri Patani. Beliaulah yang mengganti nama kerajaan lama menjadi Patani yang berarti “Pantai Ini”. Karena beliau secara kebetulan menemukan suatu tempat yang indah dan ideal untuk dijadikan negeri di tepi pantai. Riwayat lain mengatakan Patani berasal dari kata “Pak Tani”. Yaitu pemilik pondok (seorang petani garam) ditepi pantai yang ditemui oleh Raja ketika beliau bepergian mencari lokasi negeri baru. (Ibrahim Shukri, tanpa tahun)
Setelah berpindah ke Patani, Patani menjadi lebih ramai dan oleh karena lokasinya yang baik, tempat baru ini menjadi makmur dan mewah. Patani menjadi pusat daya tarik saudagar-saudagar dari timur seperti Jepang, China, Siam dan Eropa. Tercatat pada 1516 kapal dagang Portugis singgah pertama kalinya di pelabuhan Patani. Pinto, seorang saudagar dan penjelajah asal Portugis menyatakan: “Pada masa saya datang ke Patani dalam tahun itu saya telah berjumpa hampir-hampir 300 orang Portugis yang tinggal di dalam pelabuhan Patani. Selain dari Portugis didapati juga bangsa-bangsa timur seperti Siam, China dan Jepang. Orang-orang Jepang besar juga perniagaannya di pelabuhan ini.”
Menaklukkan Siam
Sepeninggal Sultan Ismail Shah, putranya yaitu Sultan Muzaffar Shah, diangkat menjadi Sultan Patani. Selain meneruskan dan memajukan negerinya, Sultan Muzaffar Shah sering melakukan lawatan ke negara tetangga seperti Malaka, Siam. Namun dalam lawatan ke Siam (sekarang Thailand) beliau diperlakukan tidak selayaknya oleh Raja Siam. Raja Siam merasa lebih tinggi derajat dan kedudukannya daripada Sultan Patani. Sehingga perlakuan ini menimbulkan perasaan terhina dalam jiwa Sultan Muzaffar.
Ketika mengetahui kerajaan Siam diserang oleh Burma pada 1563, Sultan Muzaffar Shah bersama adiknya Sultan Mansyur Shah memanfaatkan kesempatan ini untuk menyerang Siam. Dengan mengerahkan 200 kapal perang dan ribuan pasukan, Siam akhirnya jatuh ke tangan Sultan Muzaffar pada tahun itu juga.
Sayang, tak lama kemudian, Sultan Muzaffar meninggal secara mendadak di muara sungai Chao Phraya dan dimakamkan di sana. Sebelum meninggal Sultan Muzaffar mengamandatkan kekuasaan kepada adiknya, Sultan Mansyur Shah. Hal ini dilakukan karena sampai akhir hayatnya Sultan Muzaffar tidak mengetahui bahwa permaisurinya sedang hamil. Sekalipun Sultan Muzaffar mempunyai anak dari selirnya (Pengiran Bambang), namun dalam tradisi pewarisan tahta di kerajaan Melayu tidak mengenal calon Raja dari anak selir. Sehingga diangkatlah adiknya (Sultan Mansyur Shah) menjadi Sultan Patani sampai akhir hayatnya (1564-1572).
Sebelum meninggal, Sultan Mansyur Shah telah berwasiat agar anak saudaranya — anak Sultan Muzaffar Shah — yaitu Patik Siam (10 th), pewaris sah kesultanan, diangkat menggantikan dirinya. Namun pengangkatan ini menimbulkan kebencian dan kedengkian dari Pangiran Bambang (anak Raja dari selir). Para ahli sejarah mengatakan bahwa peristiwa ini merupakan titik awal perselisihan dan perebutan kekuasaan dalam istana. Antara tahun 1573-1584 merupakan tahun-tahun penuh gejolak bagi kesultanan Patani. Tercatat dua kali terjadi perebutan kekuasaan disertai pembunuhan yang semuanya melibatkan anak-anak dari selir (anak Raja yang bukan dari permaisuri).
Kejayaan dan Keruntuhan
Patani mencapai zaman keemasannya ketika diperintah oleh empat orang Ratu yaitu Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-1624), Ratu Ungu (1624-1635) dan Ratu Kuning (1635-1651).
Patani pada zaman Ratu-ratu sangat makmur dan kaya. Kekuasaannya meluas hingga ke Kelantan dan Trengganu sehingga terkenal dengan sebutan Negeri Patani Besar. Kecuali Johor, tidak ada negeri lain di belahan timur Semenanjung Melayu yang memiliki kemakmuran dan kekuatan sehebat Patani kala itu.
Kekuatan negeri Patani tergambar dari kemampuannya mematahkan empat kali serangan kerajaan Siam pada 1603, 1632, 1634 dan 1638. Patani memiliki 3 buah meriam besar yang sangat masyhur yaitu Seri NegaraSeri Patani dan Mahalela. Mampu mengerahkan 180.000 pasukan siap tempur dan diperkuat oleh sebuah benteng yang tak kalah terkenalnya yakni Benteng Raja Biru.
Sayang, masa kejayaan ini hanya bertahan 67 tahun. Ketika Ratu Kuning meninggal pada 1651, Patani mengalami proses kemerosotan secara politik, militer dan ekonomi. Patani hanya mencatat kemajuan ketika dipimpin oleh Raja Sakti I dan Raja Bahar yang mampu menyatukan Senggora (Songkla) dan Pethalung.
Pada akhir abad ke-17 ini, Patani mulai kehilangan era keemasannya. Tidak adanya peperangan dengan Siam, yang merupakan musuh tradisi bersama, sampai menjelang kejatuhannya (hampir satu abad) menyebabkan negeri Patani Besar yang tadinya bersatu (meliputi Kelantan, Trengganu, Patani Awal, Senggora dan Pethalung), perlahan-lahan mulai memisahkan diri. Perang yang terakhir yang melibatkan Patani – Siam terjadi pada 1638. Sejak tahun itu tidak ada lagi peperangan di antara kedua negara.
Kekuatan politik dan daya tarik pelabuhannya sebagai pusat dagang utama juga semakin redup, seiring dengan makin banyaknya pusat-pusat dagang yang baru seperti Johor, Malaka, Aceh, Banten dan Batavia (Jakarta).
Sebagai negara perairan, ekonomi Patani sangat tergantung pada perniagaan. Kemerosotannya pada bidang ini telah menyebabkan barometer ekonomi Patani anjlok. Maka boleh dikata, sejak awal abad ke-18, pelabuhan Patani hanya sebagai tempat persinggahan saja bukan pusat dagang dan bisnis lagi. Ditambah lagi faktor ketidakstabilan politik, perpecahan wilayah dan krisis pucuk pimpinan, maka lengkaplah Patani menjadi “Orang Sakit di Semenanjung Melayu”.
Malang bagi Patani, karena hampir bersamaan dengan kemerosotan ini, Siam, di bawah pimpinan Panglima Taksin bangkit kembali dan berhasil mengusir Burma dari seluruh negeri. Sehingga ketika Patani lengah dan lemah, Siam berhasil menaklukkannya pada 1785. Maka mulai tahun inilah, Patani berada dalam cengkeraman Siam. Bahkan pada 1909, lewat Perjanjian Bangkok antara Inggris-Siam, Patani akhirnya terserap menjadi wilayah “resmi” Siam yang kemudian merubah namanya menjadi Thailand sampai sekarang ini.
https://bebaspatani.wordpress.com/patani-langkasuka/

Kerajaan Langkasuka

EMPAYAR LANGKASUKA
Empayar langkasuka menjadi begitu terkenal bukan sahaja kerana kepentingannya yang terletak di tengah-tengah perjalanan laut perdagangan antarabangsa India-China malah disegani kerana kemantapan tamadunnya.Sekiranya rakyat Kedah menyatakan asal nama Langkasuka muncul daripada keceriahan ‘Alangkah Suka’ dan rakyat Patani daripada cerita penglipur lara, ‘Lakun Saka.’ Tegas W. Linehan, kemunculan nama Langkasuka adalah berasal dari perkataan langka dan Asoka, cucunda kepada Maharaja Chandragupta Maurya yang memerintah utara India pada abad ke-3 SM.
            Betapa kuatnya pengaruh dan hubungan kebudayaan Hindhu-Budhha terletak pada nama Langkasuka itu sendiri. Ada kemungkinan pedagang atau kaum Brahman India yang beragama Hindu menamakan Langkasuka atau negeri pulau (Asoka), sebagai penghormatan terhadap maharaja mereka. Beliau menambah, bahawa Langkasuka bermakna Pulau Asoka, sempena nama Maharaja Asoka yang memerintah India, 264-228 SM. Nama Langkasuka mengandungi erti yang besar, itulah sebabnya mengapa pengarang Hikayat Merong Mahawangsa memasukkan nama tersebut dalam penulisannya. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana apakah benar nama balai/kota Langkasuka dalam hikayat itu dengan Negara Langkasuka sebenarnya.
Menurut sumber India perluasan Langkasuka meliputi separuh daripada bahagian utara Semenanjung hingga ke kawasan laut di sebelah timur dan juga barat. Jelas sumber China Liang Shu pula, perluasan Langkasuka mengikut panjang pantainya jika perjalanan arah timur ke barat memakan masa selama 30 hari dan dari utara ke selatan sejauh 20 hari perjalanan.Pada zaman kegemilangannya daerah penguasaan merangkumi negeri-negeri Melayu Ligor, Snk-ku-na (Singgora atau songkha sekarang), Kun-ha-tai (patani), Ko-lan-tan (Kelantan), Teng-ka-ha-lo (Terengganu), Kedah dan Daerah Hulu Perak. Bahkan Langkasuka menguasai seluruh semenanjung,di sebelah utara hingga Ligor dan menganjur ke selatan hingga Temasik. Sungguhpun demikian perluasannya semakin berkurangan menjelang abad-abad terakhir kemerosotan dan sejarah kejatuhannya. Tarikh Patani menerangkan:
Dan kawalan negeri langkasuka ini termasuk Legor dan Saujara(singgora) dan pelabuhan besarnya Patani…Kawasan sebelah selatan sampai ke mulut tanjung (kemungkinan Singapura atau Temasik)71. Ternyata Langkasuka menguasai dan mengawal satu daripada jalan rentasan darat menghubungi pantai barat dan pantai timur Semenanjung (Trans-Peninsular). Jalan rentasan Semenanjung lain dari Langkasuka melalui Singgora ke Patalung hingga Ligor, dari Langkasuka ke Kedah ataupun ke Chumpon, dari Trang ke Pelabuhan Kra atau Takuapa dan di bahagian selatan sepanjang pantai timur Semenanjung. Sungai-sungai besar yang muaranya menghadap teluk siam dan laut china selatan seperti sungai patani, sungai teluban, sungai Kelantan, sungai Terengganu dan sungai Pahang, adalah juga jajahan kawalan Langkasuka. Sungai-sungai ini bukan sahaja berperanan sebagai jalan perniagaan penting malah menyalurkan hasil perlombongan emas dan bijih timah. Rangkaian perlombongan emas terdapat dari negeri Patani hingga Pahang, justeru bahan inilah menjadi sumber utama menampung ekonomi Langkasuka.
http://sejarahasiatenggara.blogspot.co.id/kerajaan-langkasuka.html

Komentar

Wayang Kulit Gagrak Surakarta

Wayang Kulit Gagrak Surakarta
Jendela Dunianya Ilmu Seni Wayang

Jika Anda Membuang Wayang Kulit

Menerima Buangan Wayang Kulit bekas meski tidak utuh ataupun keriting, Jika anda dalam kota magelang dan kabupaten magelang silahkan mampir kerumah saya di jalan pahlawan no 8 masuk gang lalu gang turun, Jika anda luar kota magelang silahkan kirim jasa pos atau jasa gojek ke alamat sdr Lukman A. H. jalan pahlawan no 8 kampung boton balong rt 2 rw 8 kelurahan magelang kecamatan magelang tengah kota magelang dengan disertai konfirmasi sms dari bapak/ ibu/ sdr siapa dan asal mana serta penjelasan kategori wayang kulit bebas tanpa dibatasi gagrak suatu daerah boleh gaya baru, gaya lama, gaya surakarta, gaya yogyakarta, gaya banyumasan, gaya cirebonan, gaya kedu, gaya jawatimuran, gaya madura, gaya bali, maupun wayang kulit jenis lain seperti sadat, diponegaran, dobel, dakwah, demak, santri, songsong, klitik, krucil, madya dll

Postingan Populer