DINASTI ALAWIYAH Masa Disintegrasi Dinasti Abbasiyah

Sejarah Bani Alawiyah

Alawiyah di Tabaristan, (250-316 H/864-928 M).
Bani Saadah Ba'alawi Al-Husaini (atau Saadah Alawiyyin) ini adalah merupakan keturunan Nabi s.a.w. melalui Sayyidina Hussein r.a. yang dinisbatkan kepada as-Sayyid 'Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad (al-Muhajir) bin Isa, karena beliaulah dari keturunan Nabi s.a.w. yang pertama lahir di Hadramaut. Di dalam ini telah dihimpunkan seberapa banyak sumber yang berupa cerita-cerita, riwayat, hal-hal yang perlu diketahui melibatkan para ulama dan wali Allah di kalangan Saadah Alawiyyin.Ba 'Alawi ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang bernasabkan kepada Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ahmad bin Isa Al-Muhajir yang meninggalkan Basrah di Iraq bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya pada tahun 317 H/929 M untuk berhijrah ke Hadramaut di Yaman Selatan. Cucu Ahmad bin Isa yang bernama Alawi merupakan orang pertama yang dilahirkan di Hadramaut. Oleh itu anak-cucu Alawi digelar Ba 'Alawi, yang berarti Keturunan Alawi. Panggilan Ba 'Alawi juga ialah bertujuan memisahkan kumpulan keluarga ini daripada cabang-cabang keluarga yang lain yang berketurunan daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ba 'Alawi juga dikenali dengan kata-nama Saiyid (Sadah bagi bilangan lebih daripada seorang). Keluarga yang bermula di Hadhramaut ini, telah berkembang dan menyebar ke berbagai tempat dan pada saat ini, banyak di antara mereka menetap disegenap pelusuk Nusantara, India dan Afrika.Dalam abad ke-10 Masehi, keadaan huru-hara mula menyelubungi dan menggugat Dinasti Abbasiyah yang berpusat di Iraq itu. Kerajaan tersebut kian bergolak menuju keambang keruntuhan. Kewibawaan Abbasiyah semakin terancam dengan terjadinya pemberontakan demi pemberontakan. Keadaan ini telah membawa padah kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang dikenali dengan gelaran Sadah itu. Pada umumnya ummt Islam menghormati serta menaruh perasaan kasih sayang terhadap Sadah. lni bukan semata-mata kerana mereka ini keturunan Nabi Muhammad s.a.w, tetapi juga kerana mereka melambang pekerti yang luhur, keilmuan yang tinggi dan wara'. Kedudukan yang istimewa dimata umat Islam ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap Sadah dikalangan pemerintah. Mereka juga khawatir kalau-kalau Sadah akan menggugat dan merebut kuasa daripada kerajaan Abbasiyah.Dengan tercetusnya pemeberontakan demi pemberontakan terhadap pemerintah, kewibawaan Abbasiyah pun menjadi semakin tercabar dan lemah. Keadaan ini juga turut mengancam kedudukan golongan Sadah, kerana mereka sering dikaitkan dengan setiap kekacauan yang tercetus. Dari masa ke masa golongan Sadah menjadi sasaran pemerintah. Ramai diantara mereka yang ditangkap dan dibunuh berdasarkan apa saja alasan. Namun mayoritas Sadah bersikap sabar dan menjauhkan diri dari kelompok yang menimbulkan kekacauan. Berkaca pengalaman yang lalu golongan tersebut yakin bahwa penglibatan diri di dalam politik akan berakhir dengan kekecewaan. Ahmad bin Isa al-Muhajir meninggalkan Kota Basrah bersama pengikutnya sebanyak 70 orang, yang terdiri dari ahli-ahli keluarga dan pengikut-pengikut beliau. Pada mulanya kumpulan AlMuhajir ini pergi ke Madinatul Munawwarah dan tinggal di sana selama setahun. Pada tahun berikutnya setelah menunaikan fardhu Haji, Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan rombongan meninggalkan Kota Madinah menuju ke Yaman. Mereka singgah di Al Jubail di Lembah Dau'an, kemudian di Al-Hajrain, dan seterusnya menetap di suatu tempat ,yang bemama Al Husaisah (Al-Husaisah terletak diantara Seiwun dan Tarim tetapi dewasa ini tempat tersebut telah tertimbun dibawah timbunan padang pasir). Ahmad bin Isa rnemilih Hadhramaut untuk berhijrah, rneskipun Hadhramaut rnerupakan suatu kawasan tandus dan kering kontang di Selatan Yaman. Kawasan tersebut pada zaman itu, dikatakan terputus daripada dunia luar. Tentunya banyak persoalan yang timbul tentang mengapa Ahmad bin Isa memilih kawasan sebegini untuk berhijrah.Pada zahimya, pemilihan kawasan tersebut mungkin didorong oleh hasrat beliau untuk hidup di dalam keadaan aman bersama keluarga dan pengikutnya, atau keazaman beliau untuk membina sekelompok masyarakat baru di suatu kawasan baru bersesesuaian dengan kehendak syiar Islam yang dilakukan oleh golongan Sadah selama ini. Sebagai seorang Imam Mujtahid mungkin keputusan yang dibuat beliau itu didorong oleh perkara yang diluar pengetahuan kita, Wallahualam.Penghijrahan Ahmad bin Isa Al Muhajir ke Hadhramaut bukanlah bermakna berakhirnya ranjau dan rintangan. Di awal penghijrahan beliau, Alhmad bin Isa Al-Muhajir, berjumpa dengan ancaman daripada golongan Mazhab Ibhadiah yang berkuasa di kawasan tersebut Ibhadiah adalah pecahan daripada golongan kaum Khawarij di bawah pimpinan Abdullah bin Ibhad. Kumpulan ini telah beberapakali memberontak menentang Khalifah Umayyah. Pemberontakan yang terkenal ialah pemberontakan yang diketuai oleh Abdullah bin Yahaya pada tahun 129 Hijrah. Kaum Ibhadiah seterusnya meluaskan pengaruh mereka ke Oman, Yaman dan Hadhramaut.). Namun setelah gagal untuk mencapai kata sepakat dan perdamaian dengan pihak Ibhadiah, Ahmad bin Isa Al-Muhajir terpaksa mengangkat senjata menentang mereka. Berbanding dengan kaum Ibhadiah, bilangan pengikut Ahmad bin Isa Al-Muhajir adalah kecil. Akan tetapi semangat kental dan kecekalan, yang ditunjukkan oleh Al-Muhajir dalam rnenentang kaum Ibhadiah ini telah menarik perhatian dan simpati penduduk-penduduk Jubail dan Wadi Dau'an yang bertindak rnenyokong Al-Muhajir. Dengan sokongan penduduk-penduduk tersebut kaum Ibhadiah dapat di singkirkan dari bumi Hadramaut. Cara hidup yang dianjurkan oleh Ahmad bin Isa Al-Muhajir, iaitu kehidupan harian yang berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah itu, senang -diterima oleh masyarakat ternpatan. Lambat laun cara ini rnenjadi norma hidup di dalam masyarakat tempatan. Malah beberapa tokoh terkemuka di kalangan Ba' Alawi yang menjalani hidup sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w, mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat Hadhramaut. Tokoh-tokoh tersebut lebih dikenal dengan panggilan Salaf. Walaupun lingkungan baru mereka masih berlangsung huru-hara, masyarakat Ba' Alawi masih boleh menjalankan kehidupan yang aman tenteram. Sebenarnya ini adalah sesuatu yang merupakan cara hidup yang lumrah bagi keturunan Rasulullah s.a.w daripada Hassan dan Hussain. Mereka sentiasa dihormati dan disanjung tinggi di seluruh Dunia Islam, lebih-lebih lagi di Hadhramaut. Kehormatan yang diterima ini serba sedikit berpunca daripada amalan golongan Ba 'Alawi yang berjalan tanpa membawa senjata, sepertimana yang dianjurkan oleh datuk mereka, Ahmad bin Isa Al-Muhajir. Tambahan pula golongan ini dihormati dan disanjung oleh karena mereka merupakan golongan yang berilmu lagi wara'.Perasaan golongan Ba' Alawi terhadap kampung halaman mereka di Basrah masih kuat dan menebal, walaupun mereka telah memilih untuk membina penghidupan baru di Hadramaut. Oleh itu tidak heran sekiranya didapati banyak dikalangan Ba 'Alawi yang selalu berpergian antara Hadhramaut dan Basrah untuk menziarahi dan mengunjungi sanak saudara yang masih berada di Basrah. Saat ini masih terdapat keturunan saudara AlMuhajir, iaitu Muhammad bin Isa di sekitar Basrah. Salah suatu ciri hidup golongan Ba ' Alawi ialah mereka ingin bebas bergerak dan tidak suka terkungkung di suatu daerah saja. Ini menyebabkan individu maupun kumpulan Ba 'Alawi selalu berpindah memulai hidup ditempat-tempat yang lain seperti Yaman, Syam (Syria), dan Iraq. Tambahan pula Hadhralmaut merupakan tempat yang tidak mempunyai pemerintahan yang stabil, dan oleh itu tidak sunyi daripada tercetusnya perpecahan dan peperangan di antara kabilah-kabilah yang menjadi penghuni tetap di kawasan tersebut. Ima Ahmad bin Isa Al Muhajir Ilallah wafat pada tahun 345.H/956 M.Sejarah perkembangan Ba 'Alawi, menurut pandangan Sayid Ahmad bin Muhammad Assyathiri boleh dibahagikan kepada empat tahap, setiap tahap mempunyai cirinya yang tersendiri. Perkembangan ini adalah bergolak di sekitar beberapa tokoh Ba 'Alawi, serta juga pengalaman jatuh bangunnya mereka dalam menempuhi kehidupan yang sering berubah itu. Namun begitu, golongan Ba 'Alawi masih berpegang teguh kepada keperibadian mereka, dan perkara yang mempegaruhi kecekalan golongan ini ialah istiqamah kepada ajaran AlQur'an dan Sunnah.Tahap PertamaTahap ini bermula dengan zaman Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan berakhir dengan Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali, yaitu di antara abad ke-3 hingga abad ke-7 Hijrah. Pada zaman tersebut pemimpin dan tokoh-tokoh Ba 'Alawi dikenali dengan gelaran Imam. Tokoh-tokoh pada masa itu digelar dengan panggilan Imam Mujtahid, yaitu mereka yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Tokoh-tokoh terkemuka pada masa itu ialah keturunan daripada Ubaidullah bin Ahmad bin Isa AlMuhajir, melalui 3 orang putera beliau, iaitu Bashri, Jadid dan Alawi. Namun begitu, keturunan Bashri dan Jadid tidak berumur panjang. Mereka hanya dapat mempelopori dan mengembangkan penyebaran ilmu hinggalah ke tahun 620an H/1223M. Keturunan Bashri dan Jadid yang terkemuka ialah Imam Salim bin Bashri (wafat pada 604H/1208M) dan Imam Abu Hassan Ali bin Muhammad bin Jadid (wafat pada 620H/1223M). Tradisi pengajian Ilmu, bagaimanapun di teruskan oleh keturunan Alawi, dan yang lebih terkenal di antara mereka ialah Imam Muhammad bin Ali bin Alawi. Beliau lebih dikenal dengan gelaran Sahib Marbat (wafat pada 556H/1161M). Tradisi keilmuan, ini juga diteruskan oleh dua orang putera Sahib Marbat, iaitu Imam Alwi dan Imam Ali, dan oleh putera Imam Ali, iaitu Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali, serta tokoh-tokoh yang datang kemudian daripada mereka.Tahap Ke-DuaPada tahap ini alah di antara abad ke-7 hingga abad ke-11 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba'Alawi yang terkemuka disebut dengan nama As-Syaikh. Zaman ini bertepatan dengan era Al-Faqih Muqaddam Muhammad hingga ke zaman sebelum Habib Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Di antara ulama-ulama yang terkemuka di zaman ini ialah Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali (wafat pada 653H/1255M), Abdurrahman As-Saqqaf (wafat 819H/1416M), Umar Al-Mahdar bin Abdurrahman As-Aeggaf (wafat 833H/1429M), Abdullah Al-'Aidarus (wafat 865H/1460M), dan Zain Al-Abidin Al-'Aidarus (l041H/1631M). Pada masa tersebut bilangan Ba 'Alawi sudah menjadi bertambah ramai dan mereka mulai dikenali dengan nama kabilah masing-masing seperti As-Saqqaf, Al-Mahdar, Al-'Aidarus, Al-Habisyi, Al-Junid, Jamalullail, Al-Athas, dan banyak lagi.Tahap Ke-TigaAntara abad ke-11 dan abad ke-14 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba 'Alawi dikenali dengan panggjlan Al-Habib. Ulama-ulama yang terkemuka pada zaman ini ialah Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad (wafat 132H/1717M), Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi, Habib Hassan bin Salleh Al-Bahr, dan Habib Abdurrrahman Bilfagih (wafat 1163H/1749M) dan beberapa orang tokoh yang lain. Pada masa ini juga keturunan keluarga Ba 'Alawi terus berkembang. Keadaan ini membawa kepada migrasi (perpindahan keluar) yang begitu pesat. Pada abad ke-11 dan ke-12 berlaku penghijrahan ke India, Timur Jauh (Far East), Afrika Timur dan Hijjaz, sementara di abad ke-13 berlaku pula penghijrahan ke Asia Tenggara (terutama ke Indonesia dan Malaysia). Kaum Ba' Alawi mewarisi semangat suka merantau. Mereka juga tidak gemar diri mereka terkungkung di suatu kawasan. Namun begitu Ba 'Alawi juga merupakan golongan yang senang menyesuaikan diri dengan penduduk setempat dimana saja mereka merantau. Akan tetapi, seberapa jauhnya mereka daripada Hadhramaut, hubungan erat dengan kampung halaman induk masih dikekalkan. Mereka yang menjalinkan perhubungan melalui perkawinan dengan penduduk setempat dan masih menghantarkan anak-anak mereka ke Hadhramaut, terutama ke Tarim, untuk menuntut ilmu secara tradisi yang digagas oleh pelopor-pelopor Ba 'Alawi.Pada penghujung fasa ke-tiga didalam Sejarah Ba 'Alawi, perubahan ke arah kemunduran dikalangan Ba 'Alawi di seberang laut mulai terjadi. Walaupun tradisi pulang ke Hadhramaut untuk menziarahi keluarga masih diamalkan, ramai pula di antara mereka yang tinggal di India dan Asia Tenggara, mula menampakkan proses asimilasi dengan masyarakat setempat, yaitu menerima dan menyerap budaya dan tradisi masyarakar sekitar. Sementara golongan Ba 'Alawi yang pada mulanya menjauhkan diri daripada kegiatan politik melainkan perkara-perkara yang menyentuh kebajikan dan ketenteraman umum, mulai menceburkan diri dengan politik. Ada di antara golongan Ba 'Alawi yang mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja dan penguasa setempat, dan telah menggunakan pengaruh mereka. Pernah diceritakan bahwa tokoh- tokoh Al-Mahdar, Al-'Aidarus, Jamalullail dan A1Haddad, mempunyai hubungan yang intim dengan pihak istana, sehinggakan raja-raja. sentiasa merujuk kepada mereka untuk mendapat nasihat. Budi pekerti yang luhur, disiplin diri dan didikan yang menjadi tradisi dikalangan Ba 'Alawi adalah faktor utama meyebabkan mereka dihormati dan disanjungi, sementara ciri peribadi istimewa sebilangan mereka membolehkan mereka diterima sebagai pemimpin masyarakat setempat. Ada pula dikalangan mereka yang berkahin dengan ahli keluarga diraja, dan pada akhimya mereka diangkat menjadi raja, contohnya, Syahab di Siak dan Jamalulail di Perlis. Beberapa kesultanan juga diasaskan oleh tokoh- tokoh Ba 'Alawi. Sebagai contoh, Al-'Aidarus menumbuhkan kerajaan di Surat (India), dan di Kubu (Kalimantan), Al-Qadri dan Bin Syaikh Abu Bakar di Kepulauan Comoros, Al-Qadri di Pontianak (Kalimantan) dan Balfagih di Filipina.Tahap Ke-EmpatZaman ini antara abad ke-14 Hijrah hinggal dewasa ini. Perubahan yang bermula dipenghujung tahap ketiga menjadi semakin kentara di zaman ini. Dalam beberapa aspek hidup, golongan Ba 'Alawi telah menempuh gaya hidup yang sedikit berbeda dari segi pegangan moral dan etika yang diasaskan oleh pelopor-pelopor di Hadhramaut dahulu. Zaman ini bertepatan dengan kemunduran Dunia Islam keseluruhannya, akibat dilanda budaya Barat. Golongan muda Ba 'Alawi, terutama mereka yang tinggal di tanah jajahan Inggeris dan Belanda mula meninggalkan pendidikan tradisional berasaskan Al-Qur'an dan Sunnah, dan memilih pendidikan Barat. Walaupun masih terdapat tokoh-tokoh Ulama Ba 'Alawi dikalangan mereka, namun bilangan mereka adalah terlalu sedikit berbanding dengan masyarakat Ba 'Alawi lainnya.Ba 'Alawi Masa KiniKeturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir pada masa kini berkembang dengan pesatnya. Mereka tinggal di sebahagian besar penjuru dunia. Mereka ialah keturunan kelompok-kelompok Ba 'Alawi yang keluar dari Hadhramaut. Mereka dikenali dengan berbagai gelaran seperti Syed atau Sayyid, seperti di Indonesia dan di Malaysia. Mereka juga dikenali dengan nama Habib seperti di India, Sidi, Syarif, Tuanku, Engku, Wan dan beberapa panggilan lagi. Namun semua ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan keturunan Ba 'Alawi kehilangan identitas mereka. Kebanyakkan dari golongan ini menganggap mereka sebagai orang tempatan dengan mengamalkan budaya tempatan dan melupakan budaya datuk nenek mereka. Banyak pula keturunan Ba Alawi yang berakar umbi di tempat-tempat yang mereka tinggal kini, sejak datuk nenek mereka berhijrah seawal-awal abad ke-15 Masehi dahulu. Mereka tidak lagi mengenali asal-usul mereka, dan perhubungan mereka dengan negeri Ibunda telah begitu lama terputus.Walaupun banyak ahli keluarga Ba 'Alawi yang telah hilang identitas, namun banyak pula yang masih berpegang teguh dengan asal-usul mereka dan mengetahui tentang silsilah keluarga. Mereka juga masih menjalin hubungan dengan saudara mereka di Hadramaut. Golongan ini terdiri daripada anak cucu mereka yang keluar merantau dalam abad ke-18 dan ke-19. Ramai daripada mereka terutama anak cucu Ba 'Alawi yang berhijrah terkemudian dan tinggal di kawasan-kawasan dipinggiran pelabuhan. Mereka masih berpegang teguh dengan beberapa tradisi Ba 'Alawi, dan ada yang masih fasih berbahasa Arab. Oleh itu, sayogianya kita bertemu dengan kelompok keturunan Ba 'Alawi yang masih berpegang dengan tradisi dan amalan datuk nenek mereka, maka kita akan bersua dengan amalan seperti membaca Maulid Diba'ii, Ratib Haddad, Ratib Al 'Attas dan lain-lain lagi. Yang menggembirakan ialah bahawa mereka giat menghidupkan kembali dan mengembang tradisi ini di kalangan keturunan Ba 'Alawi yang sudah jauh terpisah daripada kelompok asal. Ini dilakukan dengan menarik dan mengajak mereka menghadiri majlis Ta'lim atau Rohah, sekaligus mengukuhkan silaturrahim diantara mereka. Namun begitu masih ramai pula daripada keturunan Ba 'Alawi yang hanyut di bawa arus kemodernan dan kejahilan, dan belum lagi berpaling kepada amalan murni Ba'Alawi. Mereka ini amat perlu mendapat perhatian.Seorang ulama besar yang wafat di Jakarta, yaitu Habib Muhammad bin Abdurrahman Bin Syahab, pemah melahirkan harapan agar generasi-generasi yang datang kemudian dari keturunan 'Alawi akan memegang teguh kepada agama Islam, mejaga pusaka nenek-moyang, dan jangan sampai tenggelam kedalam peradaban Barat. Marilah kita sama-sama berdo'a agar Allah s.w.t memberi taufik dan hidayah semoga mereka yang terpisah ini akan balik ke pangkal jalan mengenali diri dan asal usul mereka, serta menghargai warisan mereka yang sebenarnya. Sesuai dengan hadisth Rasulullah s.a.w mengenai pentingnya mempelajari tentang nasab, Dari Abu Hurairah r.a .katanya bersabda Rasulullah s.a.w "Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, dan memanjangkan umur". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya. Tarmizi dan Al-Hakim.
http://banialawiyin.blogspot.co.id/2006/10/sejarah-bani-alawiyah_19.html

Mengenal Madzhab Leluhur Bani Alawi 
Oleh: Kholili Hasib
Inpasonline.com-Bani Alawi merupakan keturunan Ahlul Bait yang nasabnya bersambung kepada Ali bin Abi Thalib. Secara khusus digunakan untuk menyebut anak-cucu Rasulullah Saw yang berasal dari Sayid Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir. Sayid Alwi ini adalah orang pertama dari keturunan Ahlul Bait yang lahir dan besar di Hadramaut Yaman (Novel bin Muhammad Alaydrus, Jalan nan Lurus Sekilas Pandang Tarekat Bani Alawi, hal. 23). Sehingga mereka disebut bani Alawi.
Leluhur para penyebar agama Islam yang tergabung dalam Walisongo merupakan keturunan Arab dari kalangan bani Alawiyyin (habaib) ini. Jamaluddin al-Husein, kakek dari Maulana Malik Ibrahim misalnya adalah seorang keturunan Arab dari bani Alawiyyin yang lahir di India. Ia memiliki garis keturunan dari Sayid Ahmad bin Isa al-Muhajir, imigran asal Irak yang menetap di Hadramaut Yaman, keturunan Sayidina Ali bin Abi Thalib ra. Jamaluddin al-Husein bukan dari etnis India, leluhurnya bernama Abdul Malik, berasal dari Hadramaut tapi hijrah ke India untuk berdakwah. Ia menetap di wilayah Koromandel India dan pernah berdiri sebuah kerajaan yang didirikan oleh keturunan Abdul Malik. Namun, penduduknya banyak yang berpindah ke Champa karena kalah dalam suatu peperangan (Idrus Alwi al-Masyhur,Membongkar Kebohongan Sejarah dan Silsilah Keturunan Nabi Saw di Indonesia, hal. 158).
Jamaluddin al-Husein ini mempunya tiga anak laki-laki yang keturunannya menjadi pendakwah. Mereka adalah Sayid Barakat Zainal Alam, Ibrahim al-Akbar dan Ali Nurul Alam. Barakat Zainal Alam menetap di Gujarat India dan memiliki anak bernama Maulana Malik Ibrahim, salah satu Walisongo. Sedangkan Ibrahim al-Akbar merupakan kakek dari Sunan Ampel.
Asal-muasal Walisongo berasal dari bani Alawiyyin Hadramaut bahkan diakui banyak sejarawan, termasuk seorang orientalis Belanda, Van den Berg. Seperti dikutip oleh Habib Alwi bin Thohir al-Haddad: “Adapun hasil nyata dalam penyiaran agama Islam adalah dari orang-orang sayyid syarif (bani Alawiyin). Dengan perantaraan mereka agama Islam tersiar di antara raja-raja Hindu di Jawa dan lainnya. Selain dari mereka ini, walaupun ada juga suku-suku lain dari Hadramaut (yang bukan golongan sayid), tetapi meeka ini tidak meninggalkan pengaruh sebesar itu. Hal ini disebabkan mereka kaum sayid adalah keturunan dari tokoh pembawa Islam (Nabi Muhammad Saw) (Alwi bin Thahir al-Haddad,Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh, hal. 52).
Salah satu ciri keturunan sayid ini adalah kekuatan menjaga tradisi keagamaan secara turun-temurun. Mereka cenderung lebih mengamalkan ajaran dan jejak nenek moyangnya, daripada ajaran baru. Nenek moyang yang dianut ajaranya adalah Sayid Ahmad bin Isa al-Muhajir. Dan juru bicara yang disebut-sebut tokoh sentralnya adalah habib Abdullah al-Haddad. Keduanya secara akidah menganut madzhab Asy’ari, fikih mengikuti imam Syafi’i dan tasawufnya mengikut imam al-Ghazali.
Habib Ali bin Abu Bakar al-Sakran mengatakan: “Adapun anak cucu Imam Syihabuddin Ahmad bin Isa al-Muhajir yang tiba di Hadramaut dan kemudian tinggal di Tarim Yaman, mereka adalah asyraf yang Sunni” (Novel bin Muhammad Alaydrus, Jalan nan Lurus Sekilas Pandang Tarekat Bani ‘Alawi, hal.47).
Akidah Ahlussunnah dijelaskan oleh Habib Abdullah al-Haddad dalam kitabnya Risalah al-Mu’awanah. Beliau mengatakan bahwa firqah al-najiyah (kelompok yang selamat) adalah Ahlussunnah wal Jama’ah. Dalam kitab tersebut dinyatakan juga bahwa akidah bani Alawi secara turun temurun adalah Ahlussunnah wal Jama’ah.
Dia menulis: “Perbaiki dan luruskanlah akidahmu dengan berpegang pada manhaj al-firqah al-najiyah (golongan yang selamat) yang dalam Islam dikenal dengan nama Ahlussunnah wal Jama’ah. Ahlussunnah wal Jama’ah adalah orang-orang yang berpegang teguh pada ajaran Rasulullah Saw dan para Sahabatnya. Jika kamu teliti al-Qur’an dan al-Sunnah – yang berisi ilmu-ilmu keimanan – dengan pemahaman yang benar dan hati yang bersih, serta kamu pelajari perjalanan hidup para salaf yang soleh dari kalangan Sahabat dan tabi’in, maka kamu akan mengetahui secara yakin bahwa kebenaran ada pada golongan al-Asy’ariyah yang dinisbatkan kepada Syaikh Abul Hasan al-Asy’ari. Beliau telah menyusun akidah ahlil haq beserta dalil-dalilnya. Itulah akidah yang diakui oleh para Sahabat dan tabi’in. itulah akidah seluruh kaum sufi, sebagaimana disebutkan oleh Abul Qasim al-Qusyairi pada bagian awal bukunya, al-Risalah.
Alhamdulillah, itulah akidah kami dan saudara-saudara kami para Sadah al-Husaini yang dikenal dengan sebutan bani Alawi. Itulah juga akidah salaf kami, mulai dari zaman Rasulullah Saw hingga saat ini.
Dalam bidang fikih leluhur bani Alawi menganut madzhab Syafi’i. Sayid Ahmad bin Isa dikenal berjasa menyebarkan madzhab Syafi’i di Hadramaut. Ketika sampai di negeri Hadramaut Ahmad bin Isa dikatan beliau menyebarluaskan madzhab Syafii. Hal ini diakui oleh habib Abu Bakar al-Adni bin Abdullah al-Aidarus yang menyatakan: “Madzhab kami dalam furu’ adalah madzhab Syafi’i, dalam usul adalah madzhab guru kami imam al-Asy’ari dan thariqah kami adalah thariqahnya para sufi (Novel bin Muhammad Alaydrus, Jalan nan Lurus Sekilas Pandang Tarekat Bani ‘Alawi, hal.73).
Tradisi keagamaan mereka cenderung kepada tasawuf dengan menganut thariqah sufiyah yang bernama thariqah Alawiyah. Salah seorang tokoh Bani Alawi, Idrus bin Umar al-Habsyi menjelaskan tentang tariqah ini. Ia mengatakan: “Ketahuliah, sesungguhnya tariqah anak cucu Nabi Saw dari keluarga Abi Alawi merupakah salah satu tariqah sufi yang dasarnya ittiba’ (mengikuti) al-Qur’an dan al-Sunnah. Sedangkan bagian utamanya (ra’suha) adalah sidqul iftiqar (benar-benar merasa butuh kepada Allah Swt) dan syuhudul minnah(kesaksian bahwa semuanya adalah karunia Allah semata).
Tariqah ini tidak lebih sebuah metode, sistem atau cara tertentu yang digunakan oleh Bani Alawi menuju kepada kedekatan kepada Allah Swt, yang diwarisi dari leluhurnya secara turun-temurun.
Secara umum ajaran tariqah ini ialah menekankan adanya hubungan dengan seorang syaikh (guru pembimbing dalam ibadah), perhatian secara seksama dengan ajarannya, dan membina batin (dengan ibadah). Selain itu, tariqah ini juga menekankan pentingnya amal, dan untuk itu, dibutuhkan suatu tariqah yang ajarannya mudah dilakukan dan dipahami oleh masyarakat awam.
Tariqah ini tidak terlalu ketat seperti halnya tariqah sufi lainnya. Misalnya, tidak ada aturan khusus untuk mengamalkan suatu wirid. Misalnya, tidak ada bai’ah untuk mengamalkannya. Terlihat bahwa tariqah Bani Alawi tidak lebih merupakan suatu tradisi amalan yang diwarisi secara turun-temurun.
Hal yang perlu kita perhatikan dalam tariqah ini adalah upaya preventif dalam menjaga akidah Ahlussunnah. Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad, tokoh utama Bani Alawi menjelaskan: “Wajib atasmu memperindah akidahmu, memperbaiki dan menguatkannya sesuai dengan metode firqah al-najiyah (kelompok yang selamat), yaitu kelompok yang dikenal di kalangan seluruh kelompok Islam dengan istilah Ahlussunnah wal Jama’ah. Mereka adalah orang-orang yang berpegang sesuai apa yang dipegang oleh Rasulullah Saw dan para Sahabat beliau”.
Dalam salah satu wasiatnya, Habib Abdullah al-Haddad mengatakan: “Akidah kami adalah akidah Asy’ariyah. Madzhab kami adalah Syafi’iyah. Sesuai dengan Kitabullah dan al-Sunnah”.
Abdullah bin Abu Bakar Alaydrus (wafat tahun 856 H) dalam kitabnya al-Kibritul Ahmar menulis satu bab khusus tentang akidah Ahlussunnah wal Jama’ah. Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad dalam Tasbitul Fuad I/227 cukup tegas lugas menolak akidah Syiah. Ia menyebut Syiah sebagai golongan orang-orang ahli batil. Dalam segala hal pendapat-pendapat mereka (Syiah) tidak dapat diambil.
Secara khusus dan lebih terperinci informasi tentang ajaran-ajaran akidah tariqah Bani Alawi dijelaskan oleh Ali bin Abu Bakar al-Sakran. Ia mengatakan: “Duhai saudaraku, jauhilah bid’ah dan para pelakunya. Tinggalkan dan singkirkan segala bid’ah. Berpalinglah dari para pelakunya dan jangan bergaul dengan mereka. Ketauhilah, sumber bid’ah di dalam akidah adah tujuh, sebagaimana telah disebutkan oleh para ulama yaitu; Mu’tazilah, Syi’ah, Khawarij, Murji’ah, Najjariyah, Jabariyah dan Musyabihah” (Ali bin Abu Bakar al-Sakran, Ma’arij Hidayah,sebagaimana dinukil oleh Novel Alaydrus dalam Jalan nan Lurus Sekilas Pandang Tarekat Bani Alawi, hal. 52).
Bid’ah-bid’ah akidah tersebut oleh Habib Abdullah al-Haddad disebut merupakan ajaran kedurhakaan yang sangat kronis. Ia mengatakan: “Sebagaimana diberitahukan kepada kami, telah muncul sikap secara terang-terangan membencu kedua tokoh –Abu Bakar al-Shiddiq dan Umar al-Faruq. Mereka berakidah Rafidhah yang tercela, baik atau dasar syariat maupun akal sehat. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Ini adalah kedurhakaan yang serius dan kelalaian yang kronis” (Alwi bin Thahir al-Haddad, Uqudul Ilmas, Wali, Karomah dan Thariqah, hal. 216).
Dalam kitabnya itu, Uqudul Ilmas, Alwi bin Thahir membahas dengan agak luas dasar-dasar akidah Bani Alawiyah sejak nenek moyang mereka hingga pada era dia.
Karena tantangan bid’ah tersebut yang meluas, para tokoh Bani Alawiyah dalam tariqahnya menekankan pembentengan akidah Asy’ari. Dan mengeluarkan fatwa-fatwa penting sebagai bahan tarbiyah tariqah Bani Alawiyah.
Salah satunya dilakukan oleh Habib Abdullah al-Haddad. Ia menyusun sebuah wirid, bernama Ratib al-Haddad. Uniknya, wirid ini dibaca untuk membentengi penganut tariqah dari fitnah-fitnah aliran sesat. Terutama Rafidhah. Dalam Syarah Ratib al-Haddad dijelaskan:
“Ratib ini disusun oleh Habib Abdullah al-Haddad ketika beliau mendengar masuknya faham Syiah Zaidiyah ke Hadramaut. Beliau khawatir Syiah ini akan merubah akidah kaum awam. Maka, pada malam 17 Ramadhan tahun 1071 H beliau susun ratib ini. Malam itu merupakan malam lailatul qadar. Sebagaimana disebutkan oleh murid beliau al-Ahsha’i. dalam ratib ini al-Haddad menyebutkan ‘al-khairu wa syarru bi masyi’atillah, (kebaikan dan keburukan itu terjadi atas kehendak Allah). Kalimat ini sengaja beliau cantumkan dalam ratib tersebut untuk menolak paham Qadariyah yang dianut oleh orang yang suka berbuat bid’ah akidah dan semua kaum Syiah Zaidiyah” (Alwi bin Ahmad al-Haddad,Syarh Ratib al-Haddad, hal. 258).
Tidak ditemukan data-data sejarah yang bisa dipercaya bahwa Bani Alawi yang hijrah ke kepulauan Nusantara adalah Syiah, sebagaimana pernah diklaim Syiah. Adapun teori-teori dari sejarawan Syiah, sifatnya baru spekulatif. Tidak dipungkiri terdapat pedagang beraliran Syiah yang mendarat di Nusantara. Tapi jumlah mereka sangat sedikit. Sehingga masyarakat tidak banyak yang terpengaruh.

Syiah sendiri sebetulnya tidak memiliki sanad kepada para keturunan Ahlul Bait ini. Para ulama Sunni yang memiliki sanad kepada pembesar Ahlul Bait. Para imam dari ulama Ahlussunnah misalnya pernah berguru kepada Ja’far al-Shadiq yang juga berakidah Ahlussunnah. Sedangkan ulama Sunni Nusantara juga memiliki jalur sanad kepada keturunan Ja’far al-Shadiq di Hadramaut. Jalur sanad Syiah hanya ke Iran, yang notabene bukan negeri yang banyak dihuni keturunan Ahlul Bait. Para tokoh habaib kontemporer menunjuk Hadramaut sebagai negeri Sunni yang sangat ketat menjaga tradisi Ahlul Bait. Mereka tidak pernah menunjuk Iran, karena budaya Iran adalah bangsa Persia yang tradisi keagamaannya tidak memiliki ‘isnad’ kepada Ahlul Bait.
http://www.rabithah-alawiyah.org/id/mengenal-mazhab-leluhur-bani-alawi/

Komentar

Wayang Kulit Gagrak Surakarta

Wayang Kulit Gagrak Surakarta
Jendela Dunianya Ilmu Seni Wayang

Jika Anda Membuang Wayang Kulit

Menerima Buangan Wayang Kulit bekas meski tidak utuh ataupun keriting, Jika anda dalam kota magelang dan kabupaten magelang silahkan mampir kerumah saya di jalan pahlawan no 8 masuk gang lalu gang turun, Jika anda luar kota magelang silahkan kirim jasa pos atau jasa gojek ke alamat sdr Lukman A. H. jalan pahlawan no 8 kampung boton balong rt 2 rw 8 kelurahan magelang kecamatan magelang tengah kota magelang dengan disertai konfirmasi sms dari bapak/ ibu/ sdr siapa dan asal mana serta penjelasan kategori wayang kulit bebas tanpa dibatasi gagrak suatu daerah boleh gaya baru, gaya lama, gaya surakarta, gaya yogyakarta, gaya banyumasan, gaya cirebonan, gaya kedu, gaya jawatimuran, gaya madura, gaya bali, maupun wayang kulit jenis lain seperti sadat, diponegaran, dobel, dakwah, demak, santri, songsong, klitik, krucil, madya dll

Postingan Populer