Kesultanan Kelantan Malaysia

Sultan Kelantan atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan (nama baginda), Sultan Kelantan dan Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan negeri Kelantan meliputi sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu. Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10. Perkahwinan diraja juga berlaku dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila menantu raja menaiki takhta Kelantan.

Senarai Raja / Sultan Kelantan

Hasil gambar untuk bendera kesultanan mindanao  Gambar terkait 

Zaman Dinasti Chermin

Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah LangkasukaKelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi KedahPerakutaraSumatera dan Campa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Campa di Vietnam.
  • 1339-1362: Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam
  • 1391-1418: Sultan Baki Shah
  • 1418-1429: Sultan Sadik Muhammad Shah.

Zaman Majapahit II

  • 1429-1467: Sultan Iskandar
  • 1467-1522: Sultan Mansur Shah (Kelantan)

Dalam Empayar Ayuthia

  • 1522-1526: Sultan Gombak ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah
  • 1526-1547: Sultan Ahmad Shah
  • 1547-1561: Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Ahmad
  • 1561-1565: Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur
  • 1565-1570: Sultan Umar Bin Raja Ahmad
  • 1570-1597: Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mansur (kali kedua)
  • 1597-1602: Sultan Muhammad Ibni Sultan Ibrahim

Dinasti Champa-Jembal

  • 1579-1597 dan 1602-1605: Sultan Adiludin Ibni Al-Marhum Nik Jamaluddin, Menjadi Raja Kelantan merangkap Timbalan Raja Champa
  • 1605-1616: Sultan Samiruddin
  • 1616-1637: Sultan Abdul Kadir
  • 1637-1649: Raja Sakti ibni Al-Marhum Sultan Abdul Kadir
  • 1649-1663: Raja Loyor
  • 1663-1667: Raja Bahar
  • 1667-1671: Puteri Saadong (Puteri Wijaya Mala)
  • 1671-1676: Sultan Abdul Rahim
  • 1676-1721: Sultan Umar

Dinasti Datuk Pengkalan Pattani

  • 1721-1734: Long Bahar Ibni Wan Daim, putera kepada Datu Pengkalan Tua Pattani Wan Daim dengan Raja Perempuan Pattani Sri Biji Diraja. Menjadi Raja Patani pada tahun 1715 tetapi digulingkan oleh Raja Bendang Badan pada tahun 1716. Berkahwin dengan Raja Perempuan Pattani bernama Raja Mas Kelantan dan Raja Pah Binti Raja Sakti II. Menjadi Raja Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal menggantikan mertuanya yang mangkat pada tahun 1721 dengan persetujuan daripada isterinya Raja Pah Binti Raja Sakti II dan adinda isterinya iaitu Raja Kecil Sulung.
  • 1734-1739: Raja Long Sulaiman (Kali pertama)
  • 1739-1746: Interregnum (Perang Saudara)
  • 1746-1756: Raja Long Sulaiman (Kali kedua)
  • 1756-1758: Raja Long Pandak
  • 1758-1763: Raja Long Muhammad
  • 1763-1795: Long Yunus
  • 1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
  • 1800-1835: Sultan Muhammad I (putera ke-6 Long Yunus)
  • 1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal (putera ke-5 Long Yunus)
  • 1837-1886: Sultan Muhammad II (Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah) mempunyai zuriat iaitu:
  • 1886-1890: Sultan Ahmad (Tengah) ibni al-Marhum Raja Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur I Riayat Shah,Trengganu (putera ke-4 Tengku Muhammad dan juga menantu Sultan Muhammad II)
  • 1890-1891: Sultan Muhammad III
  • 1891-1900: Sultan Mansur (adinda Sultan Muhammad III)
  • 1900-1920: Sultan Muhammad IV (putera Sultan Muhammad III)
  • 1920-1944: Sultan Ismail (putera Sultan Muhammad IV)
  • 1944-1960: Sultan Ibrahim  (putera ke-2 Sultan Muhammad IV)
  • 1960-1979: Sultan Yahya Petra
  • 1979-2010: Sultan Ismail Petra
  • 2010-kini: Sultan Muhammad V

Salasilah Kesultanan Kelantan

Hasil gambar untuk daftar sultan kelantan

Kerabat Diraja Kelantan

Sultan Kelantan meangkat kerabat-kerabatnya kepada jawatan Raja Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Antara jawatan Raja-raja bergelar itu ialah:
  • Raja Kelantan; Jawatan pertama dalam kekananan bagi bakal sultan. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan Sultan Kelantan, ia dimansuhkan semasa Sultan Ismail I. Sultan Muhammad IV hanya menggunakan gelaran Raja Kelantan sebelum perjanjian Bangkok 1909.
  • Raja Dewa; Sultan Ibrahim menabalkan mertua baginda iaitu Tengku Long Zainal Abidin bin Sultan Muhammad III sebagai DYTM Raja Dewa yang pada mulanya menjawat sebagai Raja Muda. Anankanda Sultan Ibrahim Tengku Besar Indra Petra Abdullah ditabal sebagai Raja Muda yang baharu.
  • Raja Muda: Jawatan kedua bagi kekananan bakal sultan. Diwujudkan semasa zaman Sultan Muhammad I. Yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal IV. Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni DYTM Long Yunus.
  • Tengku Sri Indra Mahkota; jawatan ke-3 bagi bakal Sultan, dipendekkan gelaran menjadi Tengku Mahkota semasa Sultan Ibrahim.
  • Tengku Mahkota; Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indra Mahkota, diwujudkan semasa zaman Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Abdullah memakai gelaran Tengku Besar Indra Petra manakala adiknya Tengku Yahya Petra menjadi tengku mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Penyandang sekarang ialah Tengku Tan Sri Dr Haji Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra
  • Tengku Bendahara - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Raja Bendahara Banggol
  • Tengku Temenggong - Tengku Mohamad Rizam. Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Raja Temenggong Aria Pahlawan
  • Tengku Laksamana - Tengku Tan Sri Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim
  • Tengku Panglima Raja -  Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Jakffar Ibni Sultan Muhammad II
  • Tengku Sri Maharaja - Tengku Muhammad Hamzah, Tengku Tan Sri Haji Ahmad Ritthauddieen bin Tengku Haji Ismail
  • Tengku Sri Utama Raja - Tengku Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Tengku Tan Sri Haji Mohammad Hamzah
  • Tengku Sri Akar Raja - Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah Ibni Sultan Sulaiman Syarafuddin Syah (Raja Pattani terakhir yang dibuang negeri ke Kelantan) dianugerahi gelaran ini oleh Sultan Muhammad IV setelah berkahwin dengan Tengku Kembang Petri Binti Sultan Muhammad IV. Tengku Abdul Kadir adalah daripada keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus
Sultan-Sultan Kelantan
161763-1795Long Yunus
171795-1800Yang Di-Pertuan Muda Tengku MuhammadSultan Mansur Riayat Shah (Terengganu)Menantu
181800-1835Sultan Muhammad ILong YunusIpar
191835-1837Yang Di-Pertuan Muda Long ZainalLong YunusKekanda
201837-1886Sultan Muhammad IILong Tan bin Long YunusAnakanda saudara
211886-1890Sultan Ahmad (Tengah) ibni al-Marhum Raja MuhammadTengku MuhammadAnakanda
221890-1891Sultan Muhammad IIISultan Ahmad (Tengah)Anakanda
231891-1900Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan AhmadSultan Ahmad (Tengah)Adinda
241900-1920Sultan Muhammad IVSultan Muhammad IIIAnakanda saudara
251920-1944Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IVSultan Muhammad IVAnakanda
261944-1960Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IVSultan Muhammad IVAdinda
271960-1979Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan IbrahimSultan IbrahimAnakanda
281979-2010Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya PetraSultan Yahya PetraAnakanda
292010-kiniSultan Muhammad VSultan Ismail PetraAnakanda
http://www.wikiwand.com/ms/Sultan_Kelantan

Komentar

Wayang Kulit Gagrak Surakarta

Wayang Kulit Gagrak Surakarta
Jendela Dunianya Ilmu Seni Wayang

Jika Anda Membuang Wayang Kulit

Menerima Buangan Wayang Kulit bekas meski tidak utuh ataupun keriting, Jika anda dalam kota magelang dan kabupaten magelang silahkan mampir kerumah saya di jalan pahlawan no 8 masuk gang lalu gang turun, Jika anda luar kota magelang silahkan kirim jasa pos atau jasa gojek ke alamat sdr Lukman A. H. jalan pahlawan no 8 kampung boton balong rt 2 rw 8 kelurahan magelang kecamatan magelang tengah kota magelang dengan disertai konfirmasi sms dari bapak/ ibu/ sdr siapa dan asal mana serta penjelasan kategori wayang kulit bebas tanpa dibatasi gagrak suatu daerah boleh gaya baru, gaya lama, gaya surakarta, gaya yogyakarta, gaya banyumasan, gaya cirebonan, gaya kedu, gaya jawatimuran, gaya madura, gaya bali, maupun wayang kulit jenis lain seperti sadat, diponegaran, dobel, dakwah, demak, santri, songsong, klitik, krucil, madya dll

Postingan Populer